Wednesday, December 28, 2011

Mula-mula Single, kemudian Twin...

Berita gembira kehamilanku kuterima setelah kandunganku lebih kurang 7 minggu, pemeriksaan di Klinik Norazian memberi khabar gembira buat kami sekeluarga. Gembira betul hati ini. Macam-macam nama baby yang bermain dalam fikiranku.



17 Disember, aku, amjad dan aimi ke Klinik Bandar Botanik untuk buka buku merah. Sekali lagi aku dikejutkan dengan berita, aku hamil kembar!!! Lawatan seterusnya, pada 3 Januari 2011.

Kembar??? Hati ku bercampur baur antara gembira dan takut. Aku risau untuk menyampaikan berita ini kepada suamiku. Bimbang dia risau dengan kesihatanku, dengan kedudukan kewangannya... bagaimana harus kami hadapi?
Mungkin beginilah keadaan bayi-bayiku di dalam perutku...

Akhirnya, aimi yang menyampaikan berita ini, kebetulan suamiku pulang awal hari tersebut, segera aku tunjukkan gambar ultrasound kembar. ALhamdulillah walau terkejut dengan berita ini, namun kami pasrah, insyaallah kehadiran anak2 ini bakal memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka. Insyaallah. Allah memilih kami untuk menerima anak kembar ini, tidak semua orang seistimewa ini... :)

20 December, aku dirujuk ke doktor pakar Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Suamiku, aimi dan amjad turut serta. Suamiku berhasrat untuk melihat ujian ultrasound, tapi tidak dibenarkan oleh misi yang bertugas. Hanya ibu mengandung sahaja yang dibenarkan masuk.
Kandunganku normal, cuma hanya ada 1 uri, 2 kantung. Orang kata kalau 1 uri, kembar seiras. Insyaallah... seronoknya... aku perlu membuat lawatan lagi 3 Januari 2012 nanti...

Rasanya kandunganku baru 4 bulan lebih, tapi aku telah rasa pergerakan bayi2ku. Aku sering merasa sengal-sengal di bahagian punggung, sakit pinggang dan terasa kandunganku agak besar.

Aku menyelak halaman blogger ibu2 kembar, rupa2nya memang begitu simptom2nya. Yang penting minum banyak susu, makan makanan berkhasiat dan makan vitamin yang diberi doktor ikut arahan. Lebih2 lagi kadar hbku 10.5. Kena berjaga-jaga ni, aku kurang selera makan, tapi aku lebihkan minum susu dan horlick, insyaallah boleh stabilkan kadar hbku...

:) jumpa lagi.

Tuesday, November 15, 2011

MAJLIS KONVOKESYEN DAN ANUGERAH PASTI AS-SYIFA', TAMAN SERI ANDALAS

Pada hari Ahad, 13 hb November 2011, berlangsung Majlis Konvokesyen dan Anugerah PASTI As-Syifa', Taman Seri Andalas, Klang.


Seramai 37 orang pelajar yang terdiri daripada 14 orang pelajar 6 tahun , 16 orang pelajar 5 tahun dan 7 orang pelajar 4 tahun menerima sijil dan hadiah masing-masing.

Pelajar cemerlang dari Kelas 6 Tahun, pertama Muhammad Adib Khairin B Aspiyaan, kedua Nabila Akma Bt Nor Azman dan ketiga Qistina Balqis Bt Nahar.

Pelajar cemerlang dari Kelas 5 Tahun, terdiri daripada pertama Nuraliah Akilah Bt Abdul Rahman, kedua Nurul Mawaddah Bt Nordin dan ketiga Nik Hasnur Khadeeja Bt Hasnul Zakry.



Tahniah semua kepada anak-anak muridku.

Sijil-sijil penyertaan juga disampaikan kepada pelajar-pelajar yang mewakili PASTI As-Syifa' ke pertandingan bola sepak mewakili kawasan Kota Raja. Serta pelajar-pelajar yang menyertai Hari Bakat.

Majlis dimulakan dengan bacaan ikrar, doa dan nasyid PASTI CEMERLANG ISLAM GEMILANG. Persembahan diteruskan dengan pelajar 4 & 5 Tahun menyanyikan nasyid Di Sini Kami Berkumpul serta AEIOU. Manakala pelajar 6 Tahun menyampaikan nasyid Mendirikan Solat dan Let Us Spell The Number.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir yang banyak menyokong dan memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan setiap majlis yang dianjurkan PASTI As-Syifa'.

Wednesday, November 2, 2011

LAWATAN KE PETROSAINS DAN AQUARIA

Pada hari Selasa 04 Oktober 2011, PASTI As-Syifa' mengadakan lawatan sambil belajar ke Petrosains dan Aquaria, KLCC. Seramai 40 orang pelajar mengikut serta, terdiri daripada pelajar 4, 5 dan 6 tahun.

Bas bertolak seawal 9.00 pagi menuju ke ibu negara. Semua pelajar gembira dan sangat teruja. Maklumlah kebanyakkannya adalah merupakan pertama kali menaiki bas. Mulut masing-masing tidak berhenti-henti bercakap dan bercerita. Lebih-lebih lagi apabila bangunan berkembar KLCC mula kelihatan.





Setiba di bangunan KLCC, semua pelajar turun dari bas dan membuat barisan untuk masuk ke dalam, dan menuju ke Pusat Sains di tingkat 4.





Pengalaman di dalam Petrosains tidak dapat dilupakan. Terlalu banyak perkara dan permainan yang ingin diteroka dan dicuba oleh anak-anak Pasti As-Syifa'.

Setelah berjalan hingga jam 1 petang, kami bergerak ke pintu keluar. Kelihatan wajah anak-anak muridku yang keletihan dan kelaparan.

Perjalanan di teruskan ke Aquaria untuk solat Zohor. Kemudian semua ke taman KLCC untuk makan tengahari.

Alhamdulillah, pada jam lebih kurang 3 petang, semua pelajar meneruskan explorasi ke Aquaria pula. Walaupun keletihan, tetapi semua pelajar masih excited untuk melihat ikan-ikan di Aquaria.

Terima kasih buat semua anak-anak yang memberikan kerjasama yang baik, sehingga menjayakan lawatan ini tanpa sebarang masalah. Hanya kelewatan pulang ke Klang. Pengajaran untuk guru-guru dan pengurusan, agar tidak membuat lawatan ke 2 tempat serentak. Penat..... :)

PASTI AS-SYIFA TAMAN SERI ANDALAS, KLANG


PASTI As-Syifa'
No. 1, Jalan Seri Sarawak 5,
Taman Seri Andalas
41200 Klang

PENDAFTARAN DIBUKA KEPADA 4, 5, DAN 6 TAHUN BAGI TAHUN 2012.

No. Tel untuk dihubungi:
En. Ryne: 016-3332939
En. Hariz: 012-2261130
Cikgu Badriah: 011-12171130