Friday, May 27, 2022

ALQURAN MAGNET A5

 "Awak, saya ada tugas untuk awak"


"Tugas ape ye?"


"Tugas awak adalah jaga saya sampai ke syurga"😊


Jom sahabat, dapatkan Al Quran A5 Magnet sekarang sebagai peneman sahabat di dunia dan juga di akhirat kelak❤️


📣 JOM BUAT DUIT RAYA BERSAMA KAMI, DAFTAR PERCUMA.


1. Whatsapp wasap.my/601157645154/NakQuranfb  @ KLIK LINK BIO laju-laju


Atau


2. Comment "QURAN TAG" di ruangan comment nanti saya Reply 😃


#SahabatAtTaqwa #AlQuranTagging #AlQuranTerjemahan #AlQuranHantaran #AlQuranBahasaMelayu #AlQuran #AlQuranTajwid #OpenForDropship

Sunday, January 9, 2022

Alquran Amazing Terjemahan Perkata Waqaf dan Ibtidak

 MENCARI AL-QURAN ADA TERJEMAHAN PER KATA ⁉️

.

🌟AL QURAN A4 AMAZING 🌟



.

Best nih! Boleh bagi hadiah buat yang tersayang

.

Ada 7 pembahagian utama mengikut keperluan praktikal masyarakat terhadap amalan seharian

.

1) Ibadah

2) Muamalah

3) Akidah

4) Sirah Nabawi

5) Kisah Nabi dan Rasul

6) Asmaul Husna 

7) Terapi Qurani

.

33 KEISTIMEWAAN dalam AL Quran Amazing, antaranya:

.

🌟Terjemahan tafsiriyah (per kata)

🌟penunjukan ayat perbahasa

🌟tajwid berwarna

🌟panduan hukum tajwid

🌟kaedah-kaedah tajwid 

🌟Mu’jam (kamus)

🌟dan BANYAK LAGI

.

Penulisan Al-Quran Amazing mengikut resam Uthmani dan juga terjemahan dalam Bahasa Melayu👍

.

Siap ada tagging tauu and ada KHATAM TRACKER untuk bantu khatam dalam 30 hari😍 Ayuh dapatkan sekarang!


BERMINAT NAK MASUK ORDER ATAU JANA INCOME BERSAMA KAMI?


1. Whatsapp wasap.my/601157645154/Alquranamazingblog


Atau


2. Comment "QURAN TAG" di ruangan comment nanti saya Reply 😃


#SahabatAtTaqwa #AlQuranTagging #AlQuranTerjemahan #AlQuranHantaran #AlQuranBahasaMelayu #AlQuran #AlQuranTajwid #OpenForDropship #DropshipAlQuranTagging #OpenDropshipAlQuran

Alquran Fayyadh Istimewa Hantaran Kahwin



 YOU WANT IT, YOU GOT IT 🤩


Allahuakbar cantiknya! 😍 Sangat EKSLUSIF dan boleh UKIR NAMA serta UCAPAN DOA pada dua belah cover depan dan belakang Alquran A5 Fayyadh dengan SATU HARGA SAHAJA 😍 


Beri peluang untuk kami realisasikan impian anda 😍Confirm si penerima tersenyum sampai ke telinga😁


Jom order sekarang sebelum hari istimewa menjelang!


BERMINAT NAK MASUK ORDER ATAU JANA INCOME BERSAMA KAMI?


1. Whatsapp wasap.my/601157645154/Alquranfayyadhblog


Atau


2. Comment "QURAN TAG" di ruangan comment nanti saya Reply 😃


#SahabatAtTaqwa #AlQuranTagging #AlQuranTerjemahan #AlQuranHantaran #AlQuranBahasaMelayu #AlQuran #AlQuranTajwid #OpenForDropship #DropshipAlQuranTagging #OpenDropshipAlQuran

Thursday, July 19, 2012

Bayi kembarku sudah lahir...

Alhamdulillah..
Tanggal 3 Mei yang lalu, aku selamat dibedah, dua orang kembar perempuan selamat dilahirkan. Kini sudah 2 bulan lebih...
Mencabarnya menjaga anak kembar, tidur malam ku tidak menentu. Tidur siangku sekadar terlelap...
Alhamdulillah... aku sudah biasa dengan keadaan ini. Cuma Ramadan yang bakal tiba, aku belum pasti keadaannya. Semoga waktu sahur berjalan dengan baik... :)

Saturday, April 21, 2012

34 Minggu

22 April 2012
Alhamdulillah, dah 34 minggu...
Semasa lawatan ke HTAR 10  April lepas, untuk detail scan dengan doktor Ramesh, dia bagi 2hb Mei untuk daftar masuk HTAR dan 3 Mei untuk operation... insyaallah moga selamat baby2 ku dan diriku... amin
Lawatan ke Klinik Botanik 17 April, suamiku ikut sekali, dia ambik halfday untuk temankan aku. Terima kasih abang...
Alhamdulillah hb ku naik ke 10.6. Pergerakan baby2 alhamdulillah aktif, jantungnya alhamdulillah normal... kakiku agak bengkak, walaupun tak lah bengkak sangat. berat badanku pun naik dah 75.6kg. tekanan darah 120/80. Tiada lagi lawatan selepas ni, cuma tunggu sakit @ pergi hospital 2hb Mei nanti... Alhamdulillah... :)
Ibuku telefon, maklumkan kehadirannya pada 1 Mei, insyaallah dengan bas, naik pagi, petang sampai... horey!!!
Sekarang tidurku amat kurang selesa... berjalan pun tak boleh lelama.. sakit ari-ari... duduk pun tak boleh lelama... lenguh pinggang... dan kencing yang kerap...

Ya Allah Ya Tuhanku... mudahkan kelahiran ini... sihatkan anak-anakku... sihatkan diriku... berikan aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari sebelum kelahiran... berikan aku kekuatan untuk menghadapi proses melahirkan... dan hari-hari selepas kelahiran... AMIN...

Thursday, March 15, 2012

Menyusu Bayi Kembar

Menyusu bayi kembar adalah cabaran yang hebat bagi ibu bapa yang hebat. Sebaik mengetahui kandungan adalah bayi kembar, ibu-ibu (dan juga bapa-bapa) perlu:
1. bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menerima kehadiran 2 bayi (atau lebih) serentak
2. bersedia untuk kemungkinan bayi lahir pramatang
3. bersedia untuk kemungkinan kelahiran secara pembedahan caesarean
4. membuat perancangan corak penyusuan yang akan diberi kepada bayi
Persediaan mental adalah sangat penting bagi ibu yang bercadang memberikan penyusuan eksklusif untuk bayi kembar kerana akan timbul persoalan tentang “susu tidak cukup”. Ramai menganggap susu ibu akan tidak cukup lebih-lebih lagi pada hari-hari awal kelahiran maka salah seorang atau kedua-duanya secara bergilir mungkin akan diberi susu formula!
Para ibu harus sedar dan yakin bahawa berapa ramai pun kembar yang dilahir serentak, susu ibu pasti cukup untuk mereka. Beberapa tips yang boleh diamalkan:
1. Menyusu seawal 1 jam pertama.
Ramai ibu sudah sedia maklum tentang keperluan menyusu seawal 1 jam pertama ini untuk merangsang penghasilan susu ibu.
Sekiranya ibu melahirkan bayi pramatang dan kurang berat badan, penyusuan ibu adalah ‘ubat’ paling mujarab untuk menambah berat badan bayi kerana susu ibu memang dicipta untuk bayi baru lahir walau berapa pun usianya ketika dia lahir.
Sekiranya ibu melahirkan bayi secara pembedahan caesarean, mintalah bantuan jururawat untuk membantu memposisikan kedudukan ibu untuk menyusu pada jam pertama. Sebaiknya berbincang awal dengan doktor atau jururawat bertugas hasrat ibu untuk menyusu pada 1 jam pertama sebaik mengetahui pembedahan akan dijalankan.
2. Menyusu sekerap mungkin
Secara puratanya bayi baru lahir menyusu antara 8-12 kali dalam tempoh 24 jam. Bagi bayi kembar, ibu-ibu boleh menyusu kedua-duanya serentak pada masa yang sama atau secara bergilir mengikut keselesaan ibu. Rujuk rajah posisi penyusuan bayi kembar seperti di bawah.
Pada minggu-minggu pertama mungkin ibu-ibu akan merasakan bayi menyusu agak kerap dan keadaan ini akan meletihkan ibu. Ia adalah perkara normal sebelum bayi menunjukkan pola penyusuannya selepas usianya sebulan. Malah perkara ini harus diterima positif oleh ibu kerana ini menandakan keperluan bayi untuk menyusu tinggi maka ia akan menghantar isyarat ke otak bahawa penghasilan susu ibu harus ditingkatkan.
Susukan bayi sebelum dia menangis. Pada hari-hari awal kelahiran, biasakan rutin menyusu setiap setengah jam. Jika ibu menyusu bayi seorang demi seorang aturkan masa menyusu supaya si kembar tidak menangis ketika yang seorang lagi sedang menyusu.
3. Banyakkan berehat
Ibu-ibu perlu berehat dengan secukupnya untuk mengurangkan stress yang akan mengganggu penghasilan susu ibu. Ibu boleh tidur apabila bayi tidur. Sesetengah ibu selalu menjadikan masa tidur bayi sebagai masa ibu untuk membuat kerja. Ini adalah kurang tepat kerana ibu juga perlu berehat dan menenangkan fikiran. Suami harus memainkan peranan membantu menguruskan perkara-perkara lain sementara ibu menumpukan kepada menguruskan bayi.
4. Minum banyak air dan makan makanan berkhasiat
Air adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu. Amalkan minum air sambil menyusu atau selepas menyusu sekurang-kurangnya segelas air, jus atau susu. Ibu menyusu perlu makan makanan berkhasiat secukupnya untuk menampung kehilangan kalori semasa penyusuan. Ibu-ibu juga digalakkan makan vitamin, kalsium dan zat besi seperti yang diambil semasa hamil.
5. Hadkan pelawat
Perkara ini mungkin agak sukar untuk dilakukan kerana ramai pelawat yang terdiri daripada rakan-rakan, jiran dan saudara mara ingin berkongsi kegembiraan dengan kehadiran bayi kembar. Namun begitu ibu masih perlu memperuntukkan masa bersama bayi terutama privasi ketika menyusukan bayi. Minta pelawat tinggalkan bilik ketika masa menyusu telah tiba, ambil masa privasi anda kerana ianya penting untuk memastikan kelangsungan produksi susu ibu.
6. Bersedia dengan soalan “Cukupkah susu?”
Soalan ini mungkin akan ditanya oleh ramai orang malah mungkin dari diri ibu sendiri. Biarpun ibu menyedari tentang konsep “demand and supply” dalam proses penghasilan susu ibu namun soalan ini mampu menggugat kepercayaan dan keyakinan ibu untuk menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi. Abaikan soalan-soalan sebegitu malah tidak perlu berhujah panjang untuk menyakinkan orang lain tentang “cukup susu”. Apa yang penting ialah yakinkan diri sendiri dan pasangan bahawa susu ibu mencukupi untuk menampung keperluan kedua-dua bayi kembar. Banyakkan berdoa semoga Allah melimpahkan rezeki untuk anak-anak.
7. Posisi penyusuan ibu
Berikut adalah rajah posisi yang boleh dipilih untuk ibu menyusukan bayi kembar. Ibu boleh menyusu serentak kedua-dua bayi dalam satu masa atau menyusu seorang dahulu kemudian diikuti oleh seorang lagi atau minta bantuan orang lain memberi susu perahan kepada seorang bayi sementara ibu menyusu yang seorang lagi. Pastikan kedua-duanya mendapat peluang direct feeding yang sama.
Walau apa pun posisi yang dipilih oleh ibu pastikan ianya selesa, tidak menyakitkan bahagian belakang atau abdomen. Gunakan banyak bantal sebagai sokongan.

Posisi Penyusuan Ibu untuk Bayi Kembar
8. Persediaan Susu Perahan
Ibu-ibu perlu bersedia dengan stok susu perahan sebagai persediaan untuk kembali bekerja. Untuk bayi kembar sudah semestinya keperluannya sekali ganda jika dibandingkan dengan seorang bayi sahaja. Bersedialah dengan mula memerah seawal 2 minggu selepas bayi lahir untuk mendapatkan stok yang mencukupi untuk keperluan 2 orang bayi.
Kepada ibu-ibu yang akan melahirkan bayi kembar, tahniah saya ucapkan. Sesungguhnya anda telah Allah pilih untuk dikurniakan 2 orang zuriat pada satu masa. Yakinlah bahawa Allah akan mengurniakan bersama kelahiran itu rezeki (susu ibu) yang mencukupi untuk mereka.
Sumber: La Leche League International, breastfeedingbasics.org, breastfeeding.com