Saturday, April 21, 2012

34 Minggu

22 April 2012
Alhamdulillah, dah 34 minggu...
Semasa lawatan ke HTAR 10  April lepas, untuk detail scan dengan doktor Ramesh, dia bagi 2hb Mei untuk daftar masuk HTAR dan 3 Mei untuk operation... insyaallah moga selamat baby2 ku dan diriku... amin
Lawatan ke Klinik Botanik 17 April, suamiku ikut sekali, dia ambik halfday untuk temankan aku. Terima kasih abang...
Alhamdulillah hb ku naik ke 10.6. Pergerakan baby2 alhamdulillah aktif, jantungnya alhamdulillah normal... kakiku agak bengkak, walaupun tak lah bengkak sangat. berat badanku pun naik dah 75.6kg. tekanan darah 120/80. Tiada lagi lawatan selepas ni, cuma tunggu sakit @ pergi hospital 2hb Mei nanti... Alhamdulillah... :)
Ibuku telefon, maklumkan kehadirannya pada 1 Mei, insyaallah dengan bas, naik pagi, petang sampai... horey!!!
Sekarang tidurku amat kurang selesa... berjalan pun tak boleh lelama.. sakit ari-ari... duduk pun tak boleh lelama... lenguh pinggang... dan kencing yang kerap...

Ya Allah Ya Tuhanku... mudahkan kelahiran ini... sihatkan anak-anakku... sihatkan diriku... berikan aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari sebelum kelahiran... berikan aku kekuatan untuk menghadapi proses melahirkan... dan hari-hari selepas kelahiran... AMIN...

No comments:

Post a Comment