Wednesday, June 24, 2009

pembantu rumah

Saya belum mempunyai pembantu rumah, tetapi mendengar cerita dari saudara mara dan rakan-rakan tentang pembantu rumah mereka. Jika pembantu rumah melakukan apa yang disuruh, menjaga anak-anak dengan baik sudah memadai. Yang menjadi masalah bila pembantu rumah banyak berehat dari bekerja, sekali disuruh sekali bergerak. Rakan saya menukar pembantu rumah setiap tahun kerana pembantu rumahnya tidak mahu bekerja, tidak tahu melakukan kerja dan mempunyai penyakit.
Dalam paper banyak dipaparkan, pembantu-pembantu rumah menjadi mangsa penderaan majikan. Mungkin mereka menghadapi masalah komunikasi, kurang latihan atau masalah disiplin diri. Majikan hanya mahukan pekerja yang rajin, faham kehendak majikan, menjaga anak-anak dengan baik, membersihkan rumah semampunya. Tiada pekerja yang akan derita sekiranya kemahuan majikan diikuti semampunya. Majikan juga perlu faham kudrat dan kemampuan pekerjanya...

masalah pengangguran...

saya baca artikel ini dan ia menarik minat saya untuk dikongsi...

ATRIBUT GRADUAN UTM DAN STRATEGI UNTUK MEMASTIKAN IANYA DICAPAI


Masalah pengangguran di kalangan graduan universiti bukan lagi merupakan sesuatu yang dianggap janggal dewasa ini. Ianya sering dibincangkan sama ada di peringkat Kementerian, Universiti malah ianya juga merupakan suatu isu yang sering mendapat perhatian pihak media dan juga masyarakat umum. Salah satu isu yang dikatakan merupakan faktor penyebab ialah disebabkan kekurangan dan kelemahan graduan yang dikeluarkan oleh pihak institusi pengajian tinggi itu sendiri.

Pihak institusi pengajian tinggi sering menekankan bahawa pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan program pendidikan yang dilaksanakan mampu menyediakan tenaga mahir yang diperlukan oleh negara namun di pihak majikan pula menyatakan bahawa kebanyakan graduan yang dikeluarkan gagal memenuhi keperluan seperti mana yang diharapkan. Graduan tidak mampu berfikir secara kritikal, kurang kemahiran menyelesaikan masalah, kurang kemahiran berkomunikasi dan kerja berkumpulan, kurang kemahiran menggunakan kemudahan ICT, lemah berbahasa Inggeris dan sebagainya merupakan antara keluhan yang sering diutarakan oleh pihak majikan

Atas dasar tersebut, kebanyakan institusi pengajian tinggi mula memfokuskan bukan lagi kepada proses penyaluran pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengkhususan semata-mata. Penerapan kemahiran generik yang diperlukan bagi membolehkan seseorang graduan memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam dunia pekerjaan yang sebenarnya juga mula diberi perhatian. Kemahiran generik seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan sebagainya merupakan ciri-ciri yang amat perlu difahami, dikuasai dan seterusnya mampu diamalkan oleh setiap graduan yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi .

Universiti Teknologi Malaysia sendiri tidak terkecuali dalam mengalami arus perubahan ini. Perancangan dan pembangunan program penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar telah mula dirancang dan dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu. Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) turut memberi penekanan serta menyokong setiap program yang berkaitan dengan penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar UTM. Pejabat Pengajaran dan Pembelajaran menerusi UNIPEN khususnya telah diamanahkan oleh pihak universiti untuk melaksanakan pelbagai program, bengkel, aktiviti dan sebagainya bagi memastikan matlamat tersebut dapat dicapai. Program pembinaan atribut graduan UTM dan penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar merupakan antara program yang telah dijalankan bagi menyahut cabaran tersebut. Berdasarkan program tersebut juga, UTM telah berjaya menyenaraikan atribut graduan UTM yang sewajarnya dicapai seperti kemahiran berkomunikasi, bekerja dalam kumpulan, menyelesaikan masalah, fleksibel dan mampu menyesuaikan diri dan sebagainya.

Seterusnya, bagi memastikan atribut graduan UTM yang telah ditetapkan itu boleh dicapai, Pejabat Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sekali lagi diberi amanah untuk melaksanakan pelbagai bentuk program yang berkaitan. Antara faktor yang diyakini memberi impak yang signifikan ialah dari aspek pendekatan atau strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan itu sendiri. Perkembangan pesat dalam pendidikan masa kini memperlihatkan perubahan fokus daripada proses pengajaran kepada proses pembelajaran. Ini semuanya bertujuan bagi menyediakan pelajar yang bukan sahaja menguasai konsep atau pengetahuan yang disampaikan tetapi juga menguasai kemahiran generik sebagai mana yang diperlukan dalam dunia pekerjaan. Berasaskan faktor tersebut, pelbagai program yang berkaitan dengan peningkatan strategi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan oleh Pejabat P&P. Antara program yang sedang giat dilaksanakan ialah pembelajaran kooperatif dan pembelajaran berasaskan masalah. Sebanyak empat siri bengkel yang berkaitan dengan pembelajaran berasaskan masalah telah dilaksanakan bagi memberi maklumat, pendedahan dan seterusnya kemahiran kepada golongan akademik dalam melaksanakan strategi pembelajaran berasaskan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran masing-masing.

Sehubungan dengan itu juga, bagi memastikan setiap pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dapat diamal serta disuburkan di setiap peringkat, Pejabat P&P turut mengambil inisiatif dengan mewujudkan beberapa kumpulan sokongan di peringkat fakulti dan juga di peringkat universiti bagi menggerakkan setiap aktiviti atau program yang berkaitan. Antara kumpulan yang telah diwujudkan ialah kumpulan staf sumber penerapan kemahiran generik, staf sumber pembelajaran berasaskan masalah di setiap fakulti dan juga kumpulan sokongan pembelajaran kooperatif dan pembelajaran berasaskan masalah (CL-PBL support group) di peringkat universiti. Di samping itu juga, beberapa kajian atau tinjauan akan dilaksanakan bagi melihat sejauh mana kemahiran generik yang telah dicapai oleh pelajar UTM yang bakal menamatkan pengajian mereka. Ini seterusnya dapat memberi gambaran kepada UTM dan seterusnya membolehkan kita merancang segala program yang dapat membantu memastikan graduan yang bakal dikeluarkan mampu memenuhi keperluan negara seperti mana yang diharapkan.


Hakcipta Terpelihara (Centre for Teaching and Learning)
http://www.ctl.utm.my/buletin/