Wednesday, June 24, 2009

pembantu rumah

Saya belum mempunyai pembantu rumah, tetapi mendengar cerita dari saudara mara dan rakan-rakan tentang pembantu rumah mereka. Jika pembantu rumah melakukan apa yang disuruh, menjaga anak-anak dengan baik sudah memadai. Yang menjadi masalah bila pembantu rumah banyak berehat dari bekerja, sekali disuruh sekali bergerak. Rakan saya menukar pembantu rumah setiap tahun kerana pembantu rumahnya tidak mahu bekerja, tidak tahu melakukan kerja dan mempunyai penyakit.
Dalam paper banyak dipaparkan, pembantu-pembantu rumah menjadi mangsa penderaan majikan. Mungkin mereka menghadapi masalah komunikasi, kurang latihan atau masalah disiplin diri. Majikan hanya mahukan pekerja yang rajin, faham kehendak majikan, menjaga anak-anak dengan baik, membersihkan rumah semampunya. Tiada pekerja yang akan derita sekiranya kemahuan majikan diikuti semampunya. Majikan juga perlu faham kudrat dan kemampuan pekerjanya...

1 comment:

  1. dalam ptd pac pada 4 hb lepas, ada satu tajuk perbincangan 'pekerja asing adakah keperluan', nampaknya kita memang memerlukan pembantu rumah, tetapi kalau dapat kerajaan dan seluruh masyarakat menaiktaraf pembantu rumah seperti pekerjaan yang lain agar dapat menarik pekerja tempatan menjadi pembantu rumah seperti tahun tahun 60an dan 70an dahulu. Tetapi kali ini, mengambil graduan graduan yang memerlukan pekerjaan ataupun mengadakan kursus profesional sebagai pengurus rumah tangga. Mungkin ini akan menjadi salah satu profesion yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Dengan tawaran gaji yang menarik, skop pekerjaan yang lebih specifik, masa bekerja yang fleksibel pastinya menjadi satu pilihan yang menarik. Dengan cara ini kita akan mengurangkan pengambilan pekerja asing yang terlalu ramai di negara ini dan menggunakan sepenuhnya tenaga kerja rakyat Malaysia sendiri. InsyaallaH..

    ReplyDelete