Saturday, June 26, 2010

Apa itu Cloth Diapers (CD)

Ini mungkin kali pertama anda mendengar tentang lampin kain pada zaman segalanya boleh dipakai buang. Jadi, anda tertanya-tanya, macam mana rupanya. Satu-satunya lampin yang ada tahu ialah lampin 4 segi yang dijual di pasaraya. Jadi, untuk memudahkan anda, saya telah mengarang sedikit maklumat asas tentang lampin kain, atau lebih dikenali dengan Cloth Diaper (CD).
Keperluan asas menggunakan lampin kain telah banyak berubah. Kita tak perlu lagi menggunakan pin yang besar tu, dan kita tak perlu pakai seluar plastik (a’ah, yg memang terang-terang dibuat dari plastik, dan nampak air meleleh celah-celah tu bila terbocor). Hari ini, CD telah diperbuat dari pilihan fabric yang terbaik di pasaran. Ia lembut, tahan lasak, bersih dari segi rupa dan baunya, dan mudah digunakan, dijaga dan dicuci. PUL atau fabric polyurethane laminate dicipta untuk ketahanan di dalam mesin basuh dan pengering. Kain microfleece dan suede menarik cecair jauh dari kulit bayi. Hasilnya, apabila anda menanggalkan lampin, anda dapat melihat sendiri kulit bayi masih dalam keadaan kering. Selain itu, ia juga kalis kotoran. Najis bayi akan mudah tanggal tanpa perlu direndam. Hanya bilas, dan simpan sehingga anda sedia untuk mencucinya. Untuk melekatkan lampin, ia didatangkan dengan butang katup (snap buttons) dan aplix (zap-on) yang lembut dan tidak mencalarkan kulit bayi. Kerja menukar lampin akan menjadi mudah dan cepat. Perlu menggunakan pin? Kini pin sudah digantikan dengan Snappi Diaper Fastener. Ia diperbuat dari bahan mudah lentur, tidak toksik yang berbentuk T yang panjang dan mempunyai cangkuk palstik di setiap hujungnya. Ia memastikan bayi anda boleh bergerak dengan selesa dan lampin tidak tanggal. Lampin 4 segi tradisional tidak banyak menyerap, jadi di sinilah timbulnya penggunaan kain serat mikro (microfiber) dan hemp (rami?). Ini menjadikan lampin kain lebih menyerap. Insert pula datang dalam pelbagai variasi.

Dalam bahasa mudahnya, cloth diaper adalah lampin kain. Dengan kata yg lebih canggih..lampin kain yang telah di upgrade sehingga mampu berfungsi seakan-akan lampin pakai buang dan yang paling penting sekali boleh dibasuh dan dipakai semula!

Kelebihannya?

Penjimatan untuk jangka panjang, membantu dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar, kesihatan bayi lebih terjamin kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam lampin pakai buang dan bayi anda kelihatan cumel bila dipakaikan dgn CD ditambah dengan pilihan dalam pelbagai corak,warna dan saiz.

Senang tak dipakai?

Senang sahaja. Masukkan insert dalam poket (untuk cloth diaper berpoket) dan pakaikan diaper tersebut pada bayi..sama macam kita pakai lampin pakai buang..& skrg Mama Payish perkenalkan CD jenis AIO ini di mana insert dah dijahit sekali dalam diapers ni. Bole terus pakaikan pada baby!Mudahkan!!

Macam mana nak basuh?

Senang aje nak dibasuh. Caranya sama je dengan kita basuh baju kita hari-hari cuma jangan gunakan pencuci yang ada bahan peluntur, softener dan enzim sebab akan cepat merosakkan diaper dan menyebabkan sensitif pada kulit bayi. Sabun yang biasa digunakan Pureen HAD kerana lembut pada kulit bayi. Selepas dibasuh, biarkan ia sejuk dahulu sebelum masukkan insert untuk elakkan elastik daripada terputus.

Yang paling penting, bagi yang baru mula nak guna CD, sila pre wash CD sekurang-kurangnya 3 kali agar daya serapan bertambah baik. Asasnya, inilah yang terdapat di pasaran sekarang: 1. Prefolds dan Flats – Flat cloth diapersmerupakan lampin 4 segi yang tak perlu diperkenalkan lagi. Dipakaikan kepada bayi menggunakan Snappi atau pin. Prefold (pralipat?) diperbuat dari kain kapas yang sama, tapi dengan sedikit usaha menjahit lampin supaya bahagian tengahnya tebal, supaya serapan berada di tempat ia benar-benar diperlukan. Ini merupakan pilihan yang termurah dan paling tahan lasak dalam penggunaan lampin kain. 2. Fitted Diapers – Fitted diaper merupakan langkah seterusnya dalam memodenkan lampian kain. Ia berbentuk seperti lampin pakai buang yang kita kenali. Ia dijahit supaya terus muat dipakai, dan kena dengan namanya, “fitted”. Ia juga dibna dengan butang katup dan aplix supaya memudahkan pemakaian.Terdapat juga lampin fitted yang berpoket, bagi memberi kebebasan ibu bapa menentukan serapan yang diperlukan.Fitted, tidak kalis air jadi anda perlukan diaper cover.Kain yang biasa digunakan untuk membuat fitted ialah kain kapas tenun, flannel(seperti kain kapas selimut bayi), hemp, kain tuala, sherpa, kain dari buluh dan velour (lembut seperti baldu). 3. Pocket Diapers aka Lampin Kain Berpoket – merupakan lampin kain yang dijahit dengan poket atau ruang disebelah dalam untuk memasukkan insert atau apa-apa sahaja yang menyerap.Insert digunakan untuk menyerap cecair apabila bayi kencing. Insert boleh dikeluarkan untuk dicuci. Pocket diaper merupakan ‘favourite’ kebanyakan ibu bapa yang menggunakan system lampin kain moden. 4. All-in-Ones (AIOs) atau semua dalam satu – Seperti namanya, lampin ini boleh terus digunakan dan tak perlu titambah apa-apa aksesori lagi. Ia versi kain kepada lampin pakai buang. Kini, anda sudah ‘pakar’ dalam jenis-jenis lampin kain moden.

No comments:

Post a Comment