Assalamualaikum
Hari ni hari ke2 Hari Raya Aidilfitri 2010. Dah 3 hari suamiku kena demam campak@ chicken pox. Kesian dia... kesian kami sebab tak dapat beraya... takpe la.. dugaan dari Allah, pasti ada hikmahnya. Amin...
Orang kata virus chicken pox boleh berjangkit kepada orang lain apabila bintik merah yang berisi air pecah kemudian bertukar jadi hitam. Ada juga kata kumannya boleh berjangkit dengan sentuhan bila tangan garu kesan merah dibadan yang terkena chicken pox.
Saya ingin kongsikan beberapa maklumat yang boleh dikongsikan disini yang saya dapat dari internet (terima kasih):
- Virus chicken pox boleh berjangkit melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk, sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.
- Virus chicken pox kekal aktif dan boleh berjangkit kepada orang lain walaupun sewaktu terapung diudara dan dimana-mana permukaan selama 2 jam.
- Virus demam campak mula berjangkit kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit pertama mula mengalami gejala chicken pox atau 4 hari selepas ruam muncul.
- Virus ini juga mengambil masa antara 7 ke 14 hari untuk membiak didalam badan yang telah dijangkiti sebelum ruam muncul. Tempoh pembiakan ni dipanggil sebagai tempoh inkubasi
- Sebenarnya agak sukar untuk mengenali gejala jangkitan awal chicken pox ni sebab gejala awal yang muncul ialah batuk, selsema dan sakit mata sebab sebagai ibu bapa biasanya kita akan menganggap anak kita terkena selsema atau demam biasa. Tapi bagi kes anak saya pula, tak ada batuk, demam dan sakit mata pun. Tiba-tiba saja dah keluar bintik-bintik merah yang pada mulanya kami sangka adalah ruam biasa.
- Penyakit ini boleh menjadi antara wabak yang serius dan boleh membunuh di negara yang mengalami bencana alam dan peperangan kerana kebanyakan penduduk akan bersesak di kem perlindungan dan tidak dapat menerima rawatan yang mencukupi.
Antara cara merawat demam campak pula ialah :
- Rawatan dan ubatan dari klinik. Untuk mengurangkan gatal doktor biasanya akan bagi ubat sapu. Tapi untuk kes demam campak yang baru nak menjadi – contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar 4 ke 10 biji, anda boleh segera ke klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam dah keluar banyak, anti viral ni dah tak boleh membantu lagi. (kesian husband ku, dah banyak baru tau boleh inject antiviral...sori dear...)
- Untuk rawatan kaedah tradisional, boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun semambu juga dikenali dengan nama daun Neem.
Teringat pesan orang-orang tua, elakkan mereka yang kena chicken pox dari terkena hujan sebab takut parutnya jadi berlekuk dan hitam.
Alhamdulillah aku dah melaluinya sewaktu berumur 18 tahun, ibuku menjagaku dengan penuh kasih sayang... kalaulah dah tua-tua ni baru nak kena demam campak ni... hai macamanalah suamiku nak jaga, dengan anak-anak lagi...
No comments:
Post a Comment