Assalamualaikum...
Sudah 29 minggu kandungan kembarku. Alhamdulillah pemeriksaan di HTAR dan Klinik Kesihatan Botanik, memberikan keputusan yang baik.
Tekanan darah yang normal. Berat badan 70.9kg. Hb ku naik ke 10.4. Itupun 2 hari aku tak ambil vitamin iron, sebab lupa bawak semasa bercuti ke Melaka Sabtu - Ahad yang lalu. Mungkin kerana aku minum susu kambing HiGoat. Alhamdulillah berkesan.
Keputusan MGTT juga tidak mengecewakan... tahap gula ku normal. Tiada kencing manis... alhamdulillah... :)
Next appointment will be on 27 March 2012, Tuesday. 8.00 pagi di HTAR untuk detail scan dan 2.00 petang di Klinik Kesihatan Botanik.
Pergerakan bayi2ku amat lasak. Perutku beralun-alun dengan gerakan si kembarku ini. Tidur malamku serba tidak kena. Ke kiri tak selesa, ke kanan juga tidak selesa. Semalam, aku rasa mual, sakit kepala, entah kenapa....
Ya Allah, kuatkan hambamu ini. Mudahkan proses bersalinku... sihatkan aku dan kembarku... Amin....
No comments:
Post a Comment