Tuesday, January 17, 2012

Makanan Terbaik Ibu Mengandung

Ibu mengandung biasanya akan lebih hati-hati dalam mengambil makanan demi kesihatan janinnya atau juga untuk menjaga agar berat badannya tidak terlalu gemuk. Namun, lebih baik anda jangan takut gemuk, kerana jika si Ibu tidak mendapat penambahan berat badan yang ideal selama kehamilan, itu akan memberi risiko kepada bayi, bayi akan lahir premature atau berat badan lahir rendah (BBLR). Oleh karena itu, agar kesihatan si ibu dan janin tetap terjaga, cubalah untuk mengambil makanan-makanan yang memiliki kandungan gizi berikut ini:


  1. Protein
    Makanan yang mengandung protein yang baik diambil ibu hamil adalah daging tanpa lemak, ayam bahagian dada, ikan, telur, tauhu, tempe dan kacang-kacangan. Usahakan pengambilan 2-3 bahagian setiap hari.
  2. Kalsium
    Untuk mendapatkan serapan kalsium yang cukup, Anda boleh mendapatkannya dari keju, ikan dan sayuran hijau.
  3. Folat
    Kepentingan folat pada ibu hamil adalah 400 mikrogram/hari, Anda boleh mendapatkannya dengan mengambil buah, sayuran hijau segar, kacang-kacangan, hati dan ayam.
  4. Zat besi
    Daging merah, sayuran berdaun hijau dan buah kering adalah sumber zat besi yang bagus buat ibu hamil. kepentingan zat besi ibu hamil adalah 30-60 mg/hari
  5. Vitamin C
    Vitamin C membantu penyerapan zat besi dari tumbuhan, pada ibu hamil kepentingan akan vitamin C per hari adalah 70-80 mg. Anda boleh mendapatkan sumber vitamin C ini dari jambu biji, strawberi, jeruk, anggur, tomato, epal, dan sayuran.
  6. Serat
    Kebaikan serat boleh anda peroleh dengan mengambil sayuran dan kacang-kacangan. Pengambilan 1/3 bahagian makan per hari.
  7. Cairan
    Sebaiknya minum setidaknya 2 liter sehari untuk membantu memperlancar pencernaan makanan dan peredaran darah.
sumber: http://latulite.blogspot.com/2011/02/makanan-terbaik-ibu-hamil.html

Friday, January 13, 2012

Check-up 3 Januari 2012

3 Januari 2012 Selasa. Pukul 7.30 aku dihantar suamiku ke Hospital Ampuan Rahimah Klang untuk pemeriksaan biasa. Ingatkan cuma untuk detail scan, tapi full chek-up...
Nak tunggu kat kaunter 1 untuk ke bilik ibu mengandung dah 8.30 pagi. Kemudian, di kaunter bilik ibu mengandung, tunggu sejam lebih, nak dapatkan cawan urine test dan blood test.
Dari situ, dalam pukul 10.30, masuk bilik saringan untuk detail info. Cik misi, saya ni chek-up kat Bandar Botanik, kenapa nak buat full chek-up kat sini? Cik Misi pun menjawab: ini untuk maklumat hospital.... aduhai... kan sama je chek-upnye, bukannya aku gi klinik swasta, buku nye merah jugak, kinik kerajaan jugak... kenapala nak buat 2-3 keje misi2 nie...
Dah selesai bagi maklumat diri, keluar balik, tunggu nombor di panggil.. (belum chek-up lagi). Perut nie dah lapag yang sangat2, nak pegi makan, takot nombor dipanggil, karang kena marah pulak ngan misi...
Dalam pukul 12 nombor dipanggil, jumpa doktor, tanya itu ini, dah! sila keluar, tunggu depan bilik ultrasound. Tunggu lagi...
Pukul 1 lebih kurang, di bilik ultrasound, dia pun scan... ada 1 uri, 2 baby, ok, xda masaalah. Tunggu depan bilik doktor semula... Tunggu lagi.
Dah pukul 2, aku ni ada appointment kat Klinik Botanik pulak... terus aku ketuk pintu doktor, doktor... nombor saya 2049 tu, bila boleh jumpa doktor ye? Boleh..boleh... duduk lah...
Aduhai!!! sabar banyak2...
Tanya itu ini... rekod dalam buku.. ok, sila ke bilik rawatan harian untuk appointment ye... Akhirnya... misi tu suruh aku ikut dia untuk buat appointment...
So, appointment aku seterusnya pada 14/2/2012 8 pagi dan 21/2/2012 2 petang...
Alhamdulillah..selesai jugak :)

Pukul 3, aku suami dan anak2 yang baru sampai, sama-sama pergi ke Klinik Botanik pula... Di sana, ambil nombor, chekup yang sama macam tadi, urine test, blood test...
Tapi kali ni, my hB turun 9.9.... Alamak.. anemia! Kena makan kerang... hati ayam... bayam...
Jadi, next week 10 Januari aku kena buat blood test for anemia, vitamin iron pun kena tambah. Makan pagi dan petang... Ya Allah... semoga naik tahap hB ku selepas ini... My next chek up at Botanik will be 17 January 2012 2 petang... :) Yey.. bleh pi makan nasik... cek lapag!!!

Wednesday, December 28, 2011

Mula-mula Single, kemudian Twin...

Berita gembira kehamilanku kuterima setelah kandunganku lebih kurang 7 minggu, pemeriksaan di Klinik Norazian memberi khabar gembira buat kami sekeluarga. Gembira betul hati ini. Macam-macam nama baby yang bermain dalam fikiranku.



17 Disember, aku, amjad dan aimi ke Klinik Bandar Botanik untuk buka buku merah. Sekali lagi aku dikejutkan dengan berita, aku hamil kembar!!! Lawatan seterusnya, pada 3 Januari 2011.

Kembar??? Hati ku bercampur baur antara gembira dan takut. Aku risau untuk menyampaikan berita ini kepada suamiku. Bimbang dia risau dengan kesihatanku, dengan kedudukan kewangannya... bagaimana harus kami hadapi?
Mungkin beginilah keadaan bayi-bayiku di dalam perutku...

Akhirnya, aimi yang menyampaikan berita ini, kebetulan suamiku pulang awal hari tersebut, segera aku tunjukkan gambar ultrasound kembar. ALhamdulillah walau terkejut dengan berita ini, namun kami pasrah, insyaallah kehadiran anak2 ini bakal memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka. Insyaallah. Allah memilih kami untuk menerima anak kembar ini, tidak semua orang seistimewa ini... :)

20 December, aku dirujuk ke doktor pakar Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Suamiku, aimi dan amjad turut serta. Suamiku berhasrat untuk melihat ujian ultrasound, tapi tidak dibenarkan oleh misi yang bertugas. Hanya ibu mengandung sahaja yang dibenarkan masuk.
Kandunganku normal, cuma hanya ada 1 uri, 2 kantung. Orang kata kalau 1 uri, kembar seiras. Insyaallah... seronoknya... aku perlu membuat lawatan lagi 3 Januari 2012 nanti...

Rasanya kandunganku baru 4 bulan lebih, tapi aku telah rasa pergerakan bayi2ku. Aku sering merasa sengal-sengal di bahagian punggung, sakit pinggang dan terasa kandunganku agak besar.

Aku menyelak halaman blogger ibu2 kembar, rupa2nya memang begitu simptom2nya. Yang penting minum banyak susu, makan makanan berkhasiat dan makan vitamin yang diberi doktor ikut arahan. Lebih2 lagi kadar hbku 10.5. Kena berjaga-jaga ni, aku kurang selera makan, tapi aku lebihkan minum susu dan horlick, insyaallah boleh stabilkan kadar hbku...

:) jumpa lagi.

Tuesday, November 15, 2011

MAJLIS KONVOKESYEN DAN ANUGERAH PASTI AS-SYIFA', TAMAN SERI ANDALAS

Pada hari Ahad, 13 hb November 2011, berlangsung Majlis Konvokesyen dan Anugerah PASTI As-Syifa', Taman Seri Andalas, Klang.


Seramai 37 orang pelajar yang terdiri daripada 14 orang pelajar 6 tahun , 16 orang pelajar 5 tahun dan 7 orang pelajar 4 tahun menerima sijil dan hadiah masing-masing.

Pelajar cemerlang dari Kelas 6 Tahun, pertama Muhammad Adib Khairin B Aspiyaan, kedua Nabila Akma Bt Nor Azman dan ketiga Qistina Balqis Bt Nahar.

Pelajar cemerlang dari Kelas 5 Tahun, terdiri daripada pertama Nuraliah Akilah Bt Abdul Rahman, kedua Nurul Mawaddah Bt Nordin dan ketiga Nik Hasnur Khadeeja Bt Hasnul Zakry.



Tahniah semua kepada anak-anak muridku.

Sijil-sijil penyertaan juga disampaikan kepada pelajar-pelajar yang mewakili PASTI As-Syifa' ke pertandingan bola sepak mewakili kawasan Kota Raja. Serta pelajar-pelajar yang menyertai Hari Bakat.

Majlis dimulakan dengan bacaan ikrar, doa dan nasyid PASTI CEMERLANG ISLAM GEMILANG. Persembahan diteruskan dengan pelajar 4 & 5 Tahun menyanyikan nasyid Di Sini Kami Berkumpul serta AEIOU. Manakala pelajar 6 Tahun menyampaikan nasyid Mendirikan Solat dan Let Us Spell The Number.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir yang banyak menyokong dan memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan setiap majlis yang dianjurkan PASTI As-Syifa'.

Wednesday, November 2, 2011

LAWATAN KE PETROSAINS DAN AQUARIA

Pada hari Selasa 04 Oktober 2011, PASTI As-Syifa' mengadakan lawatan sambil belajar ke Petrosains dan Aquaria, KLCC. Seramai 40 orang pelajar mengikut serta, terdiri daripada pelajar 4, 5 dan 6 tahun.

Bas bertolak seawal 9.00 pagi menuju ke ibu negara. Semua pelajar gembira dan sangat teruja. Maklumlah kebanyakkannya adalah merupakan pertama kali menaiki bas. Mulut masing-masing tidak berhenti-henti bercakap dan bercerita. Lebih-lebih lagi apabila bangunan berkembar KLCC mula kelihatan.





Setiba di bangunan KLCC, semua pelajar turun dari bas dan membuat barisan untuk masuk ke dalam, dan menuju ke Pusat Sains di tingkat 4.





Pengalaman di dalam Petrosains tidak dapat dilupakan. Terlalu banyak perkara dan permainan yang ingin diteroka dan dicuba oleh anak-anak Pasti As-Syifa'.

Setelah berjalan hingga jam 1 petang, kami bergerak ke pintu keluar. Kelihatan wajah anak-anak muridku yang keletihan dan kelaparan.

Perjalanan di teruskan ke Aquaria untuk solat Zohor. Kemudian semua ke taman KLCC untuk makan tengahari.

Alhamdulillah, pada jam lebih kurang 3 petang, semua pelajar meneruskan explorasi ke Aquaria pula. Walaupun keletihan, tetapi semua pelajar masih excited untuk melihat ikan-ikan di Aquaria.

Terima kasih buat semua anak-anak yang memberikan kerjasama yang baik, sehingga menjayakan lawatan ini tanpa sebarang masalah. Hanya kelewatan pulang ke Klang. Pengajaran untuk guru-guru dan pengurusan, agar tidak membuat lawatan ke 2 tempat serentak. Penat..... :)

PASTI AS-SYIFA TAMAN SERI ANDALAS, KLANG


PASTI As-Syifa'
No. 1, Jalan Seri Sarawak 5,
Taman Seri Andalas
41200 Klang

PENDAFTARAN DIBUKA KEPADA 4, 5, DAN 6 TAHUN BAGI TAHUN 2012.

No. Tel untuk dihubungi:
En. Ryne: 016-3332939
En. Hariz: 012-2261130
Cikgu Badriah: 011-12171130

Sunday, November 28, 2010

Petua Rumahtangga Bahagia

Oleh: Ustaz Asmungi Sidek

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

sumber: http://intim.wordpress.com/