- Protein
Makanan yang mengandung protein yang baik diambil ibu hamil adalah daging tanpa lemak, ayam bahagian dada, ikan, telur, tauhu, tempe dan kacang-kacangan. Usahakan pengambilan 2-3 bahagian setiap hari. - Kalsium
Untuk mendapatkan serapan kalsium yang cukup, Anda boleh mendapatkannya dari keju, ikan dan sayuran hijau. - Folat
Kepentingan folat pada ibu hamil adalah 400 mikrogram/hari, Anda boleh mendapatkannya dengan mengambil buah, sayuran hijau segar, kacang-kacangan, hati dan ayam. - Zat besi
Daging merah, sayuran berdaun hijau dan buah kering adalah sumber zat besi yang bagus buat ibu hamil. kepentingan zat besi ibu hamil adalah 30-60 mg/hari - Vitamin C
Vitamin C membantu penyerapan zat besi dari tumbuhan, pada ibu hamil kepentingan akan vitamin C per hari adalah 70-80 mg. Anda boleh mendapatkan sumber vitamin C ini dari jambu biji, strawberi, jeruk, anggur, tomato, epal, dan sayuran. - Serat
Kebaikan serat boleh anda peroleh dengan mengambil sayuran dan kacang-kacangan. Pengambilan 1/3 bahagian makan per hari. - Cairan
Sebaiknya minum setidaknya 2 liter sehari untuk membantu memperlancar pencernaan makanan dan peredaran darah.
Tuesday, January 17, 2012
Makanan Terbaik Ibu Mengandung
Ibu mengandung biasanya akan lebih hati-hati dalam mengambil makanan demi kesihatan janinnya atau juga untuk menjaga agar berat badannya tidak terlalu gemuk. Namun, lebih baik anda jangan takut gemuk, kerana jika si Ibu tidak mendapat penambahan berat badan yang ideal selama kehamilan, itu akan memberi risiko kepada bayi, bayi akan lahir premature atau berat badan lahir rendah (BBLR). Oleh karena itu, agar kesihatan si ibu dan janin tetap terjaga, cubalah untuk mengambil makanan-makanan yang memiliki kandungan gizi berikut ini:

Friday, January 13, 2012
Check-up 3 Januari 2012
3 Januari 2012 Selasa. Pukul 7.30 aku dihantar suamiku ke Hospital Ampuan Rahimah Klang untuk pemeriksaan biasa. Ingatkan cuma untuk detail scan, tapi full chek-up...Nak tunggu kat kaunter 1 untuk ke bilik ibu mengandung dah 8.30 pagi. Kemudian, di kaunter bilik ibu mengandung, tunggu sejam lebih, nak dapatkan cawan urine test dan blood test.
Dari situ, dalam pukul 10.30, masuk bilik saringan untuk detail info. Cik misi, saya ni chek-up kat Bandar Botanik, kenapa nak buat full chek-up kat sini? Cik Misi pun menjawab: ini untuk maklumat hospital.... aduhai... kan sama je chek-upnye, bukannya aku gi klinik swasta, buku nye merah jugak, kinik kerajaan jugak... kenapala nak buat 2-3 keje misi2 nie...
Dah selesai bagi maklumat diri, keluar balik, tunggu nombor di panggil.. (belum chek-up lagi). Perut nie dah lapag yang sangat2, nak pegi makan, takot nombor dipanggil, karang kena marah pulak ngan misi...
Dalam pukul 12 nombor dipanggil, jumpa doktor, tanya itu ini, dah! sila keluar, tunggu depan bilik ultrasound. Tunggu lagi...

Pukul 1 lebih kurang, di bilik ultrasound, dia pun scan... ada 1 uri, 2 baby, ok, xda masaalah. Tunggu depan bilik doktor semula... Tunggu lagi.
Dah pukul 2, aku ni ada appointment kat Klinik Botanik pulak... terus aku ketuk pintu doktor, doktor... nombor saya 2049 tu, bila boleh jumpa doktor ye? Boleh..boleh... duduk lah...
Aduhai!!! sabar banyak2...
Tanya itu ini... rekod dalam buku.. ok, sila ke bilik rawatan harian untuk appointment ye... Akhirnya... misi tu suruh aku ikut dia untuk buat appointment...
So, appointment aku seterusnya pada 14/2/2012 8 pagi dan 21/2/2012 2 petang...
Alhamdulillah..selesai jugak :)
Pukul 3, aku suami dan anak2 yang baru sampai, sama-sama pergi ke Klinik Botanik pula... Di sana, ambil nombor, chekup yang sama macam tadi, urine test, blood test...
Tapi kali ni, my hB turun 9.9.... Alamak.. anemia! Kena makan kerang... hati ayam... bayam...


Jadi, next week 10 Januari aku kena buat blood test for anemia, vitamin iron pun kena tambah. Makan pagi dan petang... Ya Allah... semoga naik tahap hB ku selepas ini... My next chek up at Botanik will be 17 January 2012 2 petang... :) Yey.. bleh pi makan nasik... cek lapag!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)