Tuesday, September 28, 2010

Keagungan dan Keberkatan Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Sabda Rasulullah s.a.w.: "Adalah Jibril
apabila datang kepadaku, yang pertama diberikannya kepadaku ialah Bismillaahir rahmaanir rahiimi."
(Darulquthni dan Ibnu Umar r.a. )
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Itulah isim dari asma Allah. Tidak lain antara ia dengan nama Allah, 'Akbar' seperti putih mata dengan hitamnya.Begitulah dekatnya."

Demikianlah jawapan Rasulullah s.a.w ketika ditanya oleh Utsman Ibnu Affan berkenaan Bismillah.
Sabda Baginda s.a.w. lagi:
"Ismullahil-A'zham ialah Allah. Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada semua
pembacaan al-Qur'an dimulai dengan Bismillaahir
rahmaanir rahiimi sebelum menyebut nama-nama Allah
yang lain." ( Riwayat Imam Bukhari dari Jabir )

Bersabda Nabi s.a.w.:
"Ketika turunnya Bismillaahir rahmaanir rahiimi, bergembiralah ahli
langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah 'Arasy kerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000
Malaikat. Dan, bertambahlah iman para Malaikat. Dan, tunduklah segala jin dan bergetar segala planet.
Gementar segala sendi-sendi kerana turunnya."

Dari Abu Na'im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah r.anhuma:
"Ketika turun Bismillaahir rahmaanir rahiimi, mengucap tasbihlah gunung-ganang hingga dapat
mendengar para penduduk Mekah dan sekitarnya. Lalu mereka berkata:"Rupanya Muhammad yang menyihir
gunung-gunung itu. Kemudian Allah bangkitkan awan hingga meneduhkan penduduk Mekah."

Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh yakin, akan bertasbihlah gunung-ganang. Cuma sahaja ia tidak dapat mendengarnya."

Rasulullah s.a.w. bersabda:
" Barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi dan Laahaula walaquwwata illaa billaahil aliyyil adzhiim, Allah lepaskan dia dari 70 pintu bala dan kesukaran,dukacita dan kesakitan."
Dari al-Waqii dan Ats-Tsa'labi dari Ibnu Mas'ud r.a.:
"Barangsiapa ingin dipelihara oleh Allah dari seksaan Neraka Zabbaniah yang sembilan belas, maka
hendaklah dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Kerana Allah menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu sebagai perisai."

Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas'udr.a., bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi, dituliskan baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan darinya 4000 keburukan dan diangkat dia 4000 darjat."

Bersabda Nabi s.a.w.:
"Jin itu suka memakai barang-barang kepunyaan manusia dan pakaian mereka.
Oleh itu,barangsiapa mengambil atau menaruh pakaian, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanirrahiimi.
Kerana sesungguhnya nama Allah yang dibacakan di situ merupakan cop mohor Allah."

Pengertian dari hadith di atas ialah hendaklah kita mengucapkan Bismillaahir rahmaanirrahiimi
setiap kali kita menyimpan atau mengambil barang-barang kepunyaan kita agar terjaga daripada jin dan Syaitan. Bukan sahaja kita mendapat pahala dari mengucapkannya tetapi juga mendapat keberkatan dan keselamatan samada atas harta-benda mahupun diri dan segalausaha kita.

Dari Anas bin Malik bersabda Nabis.a.w.:
"Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia
dan Malaikat untuk membuat buku dan menulis erti Bismillaahir rahmaanirrahiimi selama sejuta tahun,
mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya satu persepuluh darinya."

Bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Ada suatu kaum yang datang pada Hari Qiamat nanti dengan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Lebih berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu berkata umat-umat yang lain:
"Alangkah beratnya imbangan amal kebajikan mereka."
Sesungguhnya, adapun yang menjadi sedemikian kerana mereka sentiasa memulai segala perbicaraan
mereka dengan Bismillahir rahmaanir rahiim. Kerana ia adalah Isim Allah Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca timbangan,nescaya beratlah lagi kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi."

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
"Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiimi kerana Malaikat penjagamu
tidak kan berhenti menuliskan kebajikan bagimu sehingga engkau selesai. Dan, apabila engkau
ingin bersatu dengan isterimu, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanirrahiimi kerana sesungguhnya
Malaikat penjagamu akan menuliskan kebajikan bagimu hingga selesai engkau mandi janabah. Jika dari
persetubuhan itu lahir seorang anak, akan dituliskan bagimu kebajikan menurut bilangan nafasnya dan
bilangan anak-cucunya hingga tidak dikecualikan walau seorang."

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Barangsiapa di antara kamu apabila ia akan bersetubuh dengan isterinya,
lalu dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi dan "Ya Allah, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan
jauhkanlah Syaitan itu daripada apa yang Engkau kurniakan untuk kami", maka jika sesungguhnya Allah
takdirkan dari persetubuhan itu lahir seorang anak, tidak akan dapat Syaitan memudaratkannya untuk
selama-lamanya."

Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror bahawasanya Allah Ta'ala itu mempunyai 3000 nama
yang mana 1000 nama hanya diketahui oleh para Nabi-Nabi Allah, 300 nama disebutkan di dalam Kitab
Taurat, 300 nama disebutkan di dalam kitab Injil, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Zabur, 99 nama
disebutkan di dalam al-Qur'anulkariim manakala 1 berada di sisi Allah. Dan, adapun makna daripada
keseluruhan 3000 nama ini terhimpun di dalam 3 nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan Arrahiim
yang termaktub pula di dalam kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Maka, barangsiapa mengajarkan dan
mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi umpama ia menyebutkan keseluruhan 3000 nama-nama Allah. Adapun sesungguhnya kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi itu ada sembilan belas huruf dan Malaikat-Malaikat penjaga Neraka itu juga ada sembilan belas. Maka, barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh ikhlas dan yakin kepada Allah, nescaya terhindarlah dia daripada siksaan Malaikat Zabbaniah.

Dan, barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi banyak-banyak dengan harapan
mendapat rezeki, nescaya akan diberikan Allah rezeki dengan mudah dan tidak terduga olehnya. Serta,
diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan di sisi alam yang tinggi ( yakni Malaikat ) dan alam yang
rendah ( yakni manusia dan lain-lain makhluk Allah di mukabumi ).

Thursday, September 23, 2010

For the rest of my life - Maher Zain

For the Rest of My Life Lyrics

By: Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Saturday, September 11, 2010

Demam Campak / Chicken Pox

Assalamualaikum

Hari ni hari ke2 Hari Raya Aidilfitri 2010. Dah 3 hari suamiku kena demam campak@ chicken pox. Kesian dia... kesian kami sebab tak dapat beraya... takpe la.. dugaan dari Allah, pasti ada hikmahnya. Amin...

Orang kata virus chicken pox boleh berjangkit kepada orang lain apabila bintik merah yang berisi air pecah kemudian bertukar jadi hitam. Ada juga kata kumannya boleh berjangkit dengan sentuhan bila tangan garu kesan merah dibadan yang terkena chicken pox.

Saya ingin kongsikan beberapa maklumat yang boleh dikongsikan disini yang saya dapat dari internet (terima kasih):

  • Virus chicken pox boleh berjangkit melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk, sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.
  • Virus chicken pox kekal aktif dan boleh berjangkit kepada orang lain walaupun sewaktu terapung diudara dan dimana-mana permukaan selama 2 jam.
  • Virus demam campak mula berjangkit kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit pertama mula mengalami gejala chicken pox atau 4 hari selepas ruam muncul.
  • Virus ini juga mengambil masa antara 7 ke 14 hari untuk membiak didalam badan yang telah dijangkiti sebelum ruam muncul. Tempoh pembiakan ni dipanggil sebagai tempoh inkubasi
  • Sebenarnya agak sukar untuk mengenali gejala jangkitan awal chicken pox ni sebab gejala awal yang muncul ialah batuk, selsema dan sakit mata sebab sebagai ibu bapa biasanya kita akan menganggap anak kita terkena selsema atau demam biasa. Tapi bagi kes anak saya pula, tak ada batuk, demam dan sakit mata pun. Tiba-tiba saja dah keluar bintik-bintik merah yang pada mulanya kami sangka adalah ruam biasa.
  • Penyakit ini boleh menjadi antara wabak yang serius dan boleh membunuh di negara yang mengalami bencana alam dan peperangan kerana kebanyakan penduduk akan bersesak di kem perlindungan dan tidak dapat menerima rawatan yang mencukupi.

Antara cara merawat demam campak pula ialah :

  • Rawatan dan ubatan dari klinik. Untuk mengurangkan gatal doktor biasanya akan bagi ubat sapu. Tapi untuk kes demam campak yang baru nak menjadi – contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar 4 ke 10 biji, anda boleh segera ke klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam dah keluar banyak, anti viral ni dah tak boleh membantu lagi. (kesian husband ku, dah banyak baru tau boleh inject antiviral...sori dear...)

  • Untuk rawatan kaedah tradisional, boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun semambu juga dikenali dengan nama daun Neem.

Teringat pesan orang-orang tua, elakkan mereka yang kena chicken pox dari terkena hujan sebab takut parutnya jadi berlekuk dan hitam.

Alhamdulillah aku dah melaluinya sewaktu berumur 18 tahun, ibuku menjagaku dengan penuh kasih sayang... kalaulah dah tua-tua ni baru nak kena demam campak ni... hai macamanalah suamiku nak jaga, dengan anak-anak lagi...

Sunday, August 8, 2010

Mencintaimu... (Kris Dayanti)

Mencintaimu....

Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Setia menanti

Walau di hati saja
Seluruh hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku

( korus )
Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hati ku
Selamanya...

Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku

( ulang korus 2X )

( ulang korus 3X )

Sumbangan Manqus & itutz@buffy

Tanda-tanda seseorang itu BANYAK toksin
FOOT DETOX

• Kerap sakit kepala.
• Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab.
• Susah bangun tidur.
• Bahagian keliling mata gelap.
• Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
• Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi.
• Sinus.
• Berat badan meningkat.
• Kehadiran selulit.
• Masalah jerawat dan banyak lagi.

FUNGSI-FUNGSI FOOT DETOX PATCH

* Membuang toksin dlm badan, air berlebihan & cegah bau kaki
* Membuatkan badan menjadi lebih bertenaga
* Mengurangkan allergic, sakit sendi,
* Mengurangkan Sakit kepala, migrain atau tekanan kerja
* Menormalkan tekanan dan aliran darah
* Menguatkan sistem immune badan
* Melegakan sakit tumit & tapak kaki
* mengurangkan sembelit, Kembung perut
* membantu masalah jerawat/resdung
* Mengurangkan Diabetes, Kegemukan
* Mengatasi masalah sukar tidur
* Berpanjangan penggunaan ubat
* Bekerja dengan bahan kimia seperti cat, larutan pembersih dll
* Menyegarkan ketika bangun dari tidur * Mengurangkan sakit gout, sendi, juga untuk perokok

CARA GUNA
MUDAH DENGAN 3T TAMPAL,TIDO,TOKSIN HILANG


- Setiap satu foot patch akan dapat sekeping pelekat.
- Basuh kaki dan keringkan, atau bahagian anggota badan sebelum menggunakan patch ini.
- Buka plastik & tampalkan foot patch (di sebelah yg ada tulisan) ke tengah2 pelekat tu.
- Kemudian tampalkan ke bahagian tengah tapak kaki. Boleh juga tampal dibahagian bermasalah seperti bahu, belakang badan, pinggang, lutut, pusat.
- Pakai sebelum tidur & esok bila bangun baru buka foot patch. Penggunaan selama 6 – 8 sewaktu tidur.
- Keesokkannya basuh kaki untuk hilangkan kesan kotoran. (Selepas dipakai foot patch akan berubah warna & sedikit berminya/berlendirk - kesan pengeluaran toksin dari badan).
-Kesegaran mula terasa, badan terasa ringan, untuk bekerja pun semakin bersemangat.
- Pad yang telah digunakan hendaklah dibungkus dan dibuang dengan betul. Jauhkan dari kanak-kanak. Ia bertoksin.

AMARAN

* Untuk kegunaan luar sahaja.
* Jauhkan patch dari kanak2 dan mata.
* Orang mengandung dan menyusukan anak tidak digalakkan untuk memakai.
* Jangan lekat pada kulit yang sensitif.

HUBUNGI EN. SYAHRUL 012 3245360

Saturday, June 26, 2010

Apa itu Cloth Diapers (CD)

Ini mungkin kali pertama anda mendengar tentang lampin kain pada zaman segalanya boleh dipakai buang. Jadi, anda tertanya-tanya, macam mana rupanya. Satu-satunya lampin yang ada tahu ialah lampin 4 segi yang dijual di pasaraya. Jadi, untuk memudahkan anda, saya telah mengarang sedikit maklumat asas tentang lampin kain, atau lebih dikenali dengan Cloth Diaper (CD).
Keperluan asas menggunakan lampin kain telah banyak berubah. Kita tak perlu lagi menggunakan pin yang besar tu, dan kita tak perlu pakai seluar plastik (a’ah, yg memang terang-terang dibuat dari plastik, dan nampak air meleleh celah-celah tu bila terbocor). Hari ini, CD telah diperbuat dari pilihan fabric yang terbaik di pasaran. Ia lembut, tahan lasak, bersih dari segi rupa dan baunya, dan mudah digunakan, dijaga dan dicuci. PUL atau fabric polyurethane laminate dicipta untuk ketahanan di dalam mesin basuh dan pengering. Kain microfleece dan suede menarik cecair jauh dari kulit bayi. Hasilnya, apabila anda menanggalkan lampin, anda dapat melihat sendiri kulit bayi masih dalam keadaan kering. Selain itu, ia juga kalis kotoran. Najis bayi akan mudah tanggal tanpa perlu direndam. Hanya bilas, dan simpan sehingga anda sedia untuk mencucinya. Untuk melekatkan lampin, ia didatangkan dengan butang katup (snap buttons) dan aplix (zap-on) yang lembut dan tidak mencalarkan kulit bayi. Kerja menukar lampin akan menjadi mudah dan cepat. Perlu menggunakan pin? Kini pin sudah digantikan dengan Snappi Diaper Fastener. Ia diperbuat dari bahan mudah lentur, tidak toksik yang berbentuk T yang panjang dan mempunyai cangkuk palstik di setiap hujungnya. Ia memastikan bayi anda boleh bergerak dengan selesa dan lampin tidak tanggal. Lampin 4 segi tradisional tidak banyak menyerap, jadi di sinilah timbulnya penggunaan kain serat mikro (microfiber) dan hemp (rami?). Ini menjadikan lampin kain lebih menyerap. Insert pula datang dalam pelbagai variasi.

Dalam bahasa mudahnya, cloth diaper adalah lampin kain. Dengan kata yg lebih canggih..lampin kain yang telah di upgrade sehingga mampu berfungsi seakan-akan lampin pakai buang dan yang paling penting sekali boleh dibasuh dan dipakai semula!

Kelebihannya?

Penjimatan untuk jangka panjang, membantu dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar, kesihatan bayi lebih terjamin kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam lampin pakai buang dan bayi anda kelihatan cumel bila dipakaikan dgn CD ditambah dengan pilihan dalam pelbagai corak,warna dan saiz.

Senang tak dipakai?

Senang sahaja. Masukkan insert dalam poket (untuk cloth diaper berpoket) dan pakaikan diaper tersebut pada bayi..sama macam kita pakai lampin pakai buang..& skrg Mama Payish perkenalkan CD jenis AIO ini di mana insert dah dijahit sekali dalam diapers ni. Bole terus pakaikan pada baby!Mudahkan!!

Macam mana nak basuh?

Senang aje nak dibasuh. Caranya sama je dengan kita basuh baju kita hari-hari cuma jangan gunakan pencuci yang ada bahan peluntur, softener dan enzim sebab akan cepat merosakkan diaper dan menyebabkan sensitif pada kulit bayi. Sabun yang biasa digunakan Pureen HAD kerana lembut pada kulit bayi. Selepas dibasuh, biarkan ia sejuk dahulu sebelum masukkan insert untuk elakkan elastik daripada terputus.

Yang paling penting, bagi yang baru mula nak guna CD, sila pre wash CD sekurang-kurangnya 3 kali agar daya serapan bertambah baik. Asasnya, inilah yang terdapat di pasaran sekarang: 1. Prefolds dan Flats – Flat cloth diapersmerupakan lampin 4 segi yang tak perlu diperkenalkan lagi. Dipakaikan kepada bayi menggunakan Snappi atau pin. Prefold (pralipat?) diperbuat dari kain kapas yang sama, tapi dengan sedikit usaha menjahit lampin supaya bahagian tengahnya tebal, supaya serapan berada di tempat ia benar-benar diperlukan. Ini merupakan pilihan yang termurah dan paling tahan lasak dalam penggunaan lampin kain. 2. Fitted Diapers – Fitted diaper merupakan langkah seterusnya dalam memodenkan lampian kain. Ia berbentuk seperti lampin pakai buang yang kita kenali. Ia dijahit supaya terus muat dipakai, dan kena dengan namanya, “fitted”. Ia juga dibna dengan butang katup dan aplix supaya memudahkan pemakaian.Terdapat juga lampin fitted yang berpoket, bagi memberi kebebasan ibu bapa menentukan serapan yang diperlukan.Fitted, tidak kalis air jadi anda perlukan diaper cover.Kain yang biasa digunakan untuk membuat fitted ialah kain kapas tenun, flannel(seperti kain kapas selimut bayi), hemp, kain tuala, sherpa, kain dari buluh dan velour (lembut seperti baldu). 3. Pocket Diapers aka Lampin Kain Berpoket – merupakan lampin kain yang dijahit dengan poket atau ruang disebelah dalam untuk memasukkan insert atau apa-apa sahaja yang menyerap.Insert digunakan untuk menyerap cecair apabila bayi kencing. Insert boleh dikeluarkan untuk dicuci. Pocket diaper merupakan ‘favourite’ kebanyakan ibu bapa yang menggunakan system lampin kain moden. 4. All-in-Ones (AIOs) atau semua dalam satu – Seperti namanya, lampin ini boleh terus digunakan dan tak perlu titambah apa-apa aksesori lagi. Ia versi kain kepada lampin pakai buang. Kini, anda sudah ‘pakar’ dalam jenis-jenis lampin kain moden.

Thursday, June 24, 2010

Dari Bintang Ke Bintang

Usman Awang

Dari Bintang Ke Bintang

Ketika mata saling menyapa senyum berbunga
Tasik hati mu mencecah jiwaku mesra
Betapa debar dada kurnia alam kasih bertakhta
Kau datang tanpa suara, menjamahku tanpa sabda

Subur laksana ladang petani di lereng gunung
Ranum menguntum dalam wujud rasa maha agung
Mata yang memberi hati ini penuh menanti
Kureguk kasih menghadapi hidup seluruh berani

Kini kulihat kepalamu tersandar di jinjang pelamin
Rambutmu tersanggul terandam mengilau di cahaya lilin
Gemersik kainmu membisikkan bahagia malam pengantin
Melimpah tumpah bahagia dalam tawa teman keliling

Ketika malam kulihat matamu pada bintang
Senyummu melambai di gemilang sinar bulan
Dari bintang ke bintang kunantikan lagumu
Hanya kerdipan dalam bisu suara hatiku bimbang

Jika aku berdiri di muka jendela hati terluka
Bulan sedang mengintai di balik awan kusapa
Angin yang datang dari pelaminmu kutanya
Ia bisa mengabarkan saat adinda sedang bahagia

( 1960 - Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara, DBP 1991)
( dipetik secara bebas oleh Imnogman )